Wednesday, 18 November 2015
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=60http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=60
AKTIVITI SEKOLAH
PERLAWANAN DI SJK(C) UNION, PENANG
TEAM BOLA TAMPAR SMK DATO'ONN
PERLAWANAN BOLA TAMPAR
TEKNIK PERMAINAN BOLA TAMPAR
PUKULAN REJAM
Rejaman
ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan
rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini
dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan
lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah
dibengkokkan dan memukul bola.
RELI
Bola
yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling
berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika
kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika
berlaku banyak permainan reli.
PUKULAN SERVIS
Servis
ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya
mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan
servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu
dan servis atas bahu biasa digunakan.
Servis bawah bahu
Pukulan
servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari.
Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.
PUKULAN MENYANGGA
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata.
Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu
menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan
supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai
untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu
dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.ukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata.
Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu
menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan
supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai
untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu
dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada dibawah paras mata.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR
Permainan bola tampar diperkenalkan
kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun
1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah William G.
Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke,
Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan
bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan
yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini
dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada ‘volley ball’ kerana
permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau
lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia
menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan
kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.
Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada
1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay
1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang
Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tenteratentera
Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di
Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada
tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun
1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita.
Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan
dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964. Di Malaysia,
permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan
Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.
Pengenalan Bola Tampar
Bola Tampar merupakan satu sukan olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)